QUESTION 1
Facilities Management (FM) is a professional management discipline focused upon the efficient and effective delivery of support services for the organizations that it serves.
Define the occupational roles & responsibility of Facility Management Executive (FME). (25 Marks)
Eksekutif Pengurusan Fasiliti/Facility Management Executive (FME) melibatkan pengurusan dan penyelenggaraan dan kemudahan pengguna agar berfungsi dengan cekap, selamat, dan selesa. Peranan dan tanggungjawab utama adalah seperti berikut:
- Penyelenggaraan dan Operasi
- Merancang kerja penyelenggaraan proaktif, pencegahan, dan pembetulan (berjadual atau tidak berjadual).
- Memastikan sistem dan kefungsian beroperasi dengan baik.
- Memantau kontraktor dan vendor berkaitan penyelenggaraan.
- Mengurus Kos Operasi dan Utiliti
- Menyediakan laporan bulanan prestasi.
- Memantau penggunaan utiliti.
- Menenalpasti kaedah penjimatan yang praktikal tanpa menganggu kelancaran operasi.
- Mengurus Aset dan Inventori.
- Menyenggara rekod aset, lukisan teknikal, pelan bangunan, dan keperluan perundangan.
- Menguruskan inventori alat ganti, peralatan.
- Memastikan rekod pembekal dan bekalan sentiasa dikemaskini.
- Membantu Aktiviti Projek dan Penaiktarafan
- Terlibat secara terus dalam perancangan aktiviti projek dan penaiktarafan.
- Menyelia kerja pengubahsuaian/naik taraf .
- Menilai nilai tambah setiap penaiktarafan dan projek berkaitan supaya bersesuaian.
- Menguruskan Aduan Pengguna
- Memantau corak aduan semasa dan menjalankan tindakan proaktif.
- Memastikan tindakan pemulihan dilakukan dengan mematuhi SLA (Service Level Agreement) yang dipersetujui.
- Kualiti pemulihan haruslah menepati keperluan pengguna dengan mengambilkira kos yang dibelanjakan.
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Semua fasiliti hendaklah mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan.
- Penggunaan alat ganti dan bahan kimia untuk tujuan penyelenggaraan hendaklah mematuhi standard semasa yang digazetkan.
- Memastikan kakitangan cukup cekap untuk melakukan aktiviti penyelenggaraan.
- Hubungan dan Komunikasi
- Penghubung antara pengguna dan unit penyedia perkhidmatan fasiliti (melalui mesyuarat/perjumpaan/temujanji).
- Memberi taklimat juga latihan (sekiranya perlu) kepada pengguna.
- Menyediakan bahan penerangan bagi operasi semasa kepada pengguna.
Secara dasarnya, FME merangkumi aspek teknikal, pengurusan, dan pematuhan dalam memastikan fasiliti menyokong kelancaran operasi secara keseluruhan.
QUESTION 2
The Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia has defined “facilities work” as “the activities of integrated facilities and maintenance services of building/infrastructure which include engineering services and other services related to user needs.
- Kerja Bangunan
- Kerja Kejuruteraan Awam
- Kerja Kejuruteraan Mekanikal
- Kerja Kejuruteraan Elektrikal
- Kerja Pengurusan Lanskap atau perkhidmatan lain.
- Perancangan Awal (Reka bentuk)
- Reka bentuk pembinaan adalah mesra penyelenggaraan.
- Keperluan asas seperti pengudaraan, pengcahayaan, keselamatan yang akan diselenggara.
- Kajian kos jangka panjang untuk penyelenggaraan.
- Pembinaan
- Memastikan kemudahan mudah diakses bagi tujuan penyelenggaraan.
- Semakan spesifikasi bahan dan sistem dari sudut penyelenggaraan.
- Mengesahkan fizikal dan ujilari kefungsian sebelum penyerahan.
- Penyerahan
- Dokumentasi O&M, Lukisan Kejuruteraan dan sijil pemeriksaan dan pentauliahan lengkap dan mudah/boleh dirujuk.
- Menyediakan cadangan jadual penyelenggaraan (anggaran kos perbelanjaan penyelenggaraan)
- Sistem penyelenggaraan dan aduan (sekiranya perlu)
- Operasi
- Memantau prestasi fasiliti dan mengurus aduan-aduan yang diterima.
- Mengurus penggunaan utiliti dengan cekap dan mematuhi perundangan ditetapkan.
- Mengendalikan vendor dan kontraktor penyelenggaraan dengan efisyen.
- Audit Aset
- Analisis aset dari semasa ke semasa (prestasi, kekerapan aduan, penambahbaikan).
- Aset yang ada End of Production perlu dirancang penggantian/alternatif.
- Pemeriksaan berkala dengan merujuk kepada jadual penyelenggaraan yang sudah dipersetujui atau berdasarkan penggunaan atau best industry practice.
